Saturday, May 25, 2013

Tupperware Online Haq's: Recognition Rally 19 Mei 2013

Tupperware Online Haq's: Recognition Rally 19 Mei 2013

Recognition Rally 19 Mei 2013

Salam hormat kepada semua pembaca yang dikasihi.

Untuk pengetahuan semua, ini coretan pertama saya di blog milik saya sendiri. Di pagi yang indah ini, saya bercadang untuk berkongsi pengalaman saya ketika bersama-sama dengan rakan-rakan lain di 'Recognation Rally 2013' yang berlangsung di Hotel Flaminggo, Ampang.


Sebahagian Keluarga Team Power
Saya (Azila Razak), 2 daripada kanan di barisan atas.


Pada hari tersebut, selain berkesempatan berjumpa dengan sebahagian ahli keluarga Team Power yang hadir, saya amat tertarik dengan rakan-rakan yang berjaya dan berkongsikan pengalaman mereka. Daripada situlah, saya terus menanam azam untuk terus maju dalam perniagaan TUPPERWARE.Cabaran yang dihadapi, tidak lari daripada yang saya rasai. Kecekalan hati dan matlamat adalah tunggak utama untuk meruntuhkan tiang putus asa yang menjadi penghalang utama untuk menerpa kejayaan. Jadi, jika meraka boleh, mengapa tidak saya? Mereka juga berkareer, mempunyai keluarga untuk dijaga, ada yang bekerja sambil belajar sambilan dan pokoknya masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Namun untuk berjaya, pasti tiada penghalang melainkan diri sendiri yang menjadi penghalang.

Tidak malu untuk saya kongsikan dengan pembaca semua, komisen pertama yang saya terima hanya berjumlah RM58.00 dan meningkat kepada RM75.00 untuk bulan kedua. Syukur ke hadrat illahi, bulan ke tiga telah berjaya mencecah kepada 3 angka setakat ini iaitu RM320.00. Bayangkan, hanya dalam masa 3 bulan, saya dah berjaya meningkatkan jumlah komisen. Belum lagi termasuk untung daripada jualan runcit setiap bulan.

Yang lebih memberangsangkan saya pada perniagaan ini apabila saya mampu mendaftarkan ahli baru di bawah gagasan saya sendiri seramai 18 orang dalam tempoh masa 2 bulan setengah sahaja. Medium utama yang saya gunakan pastinya 'PARTY TUPPERWARE'. Matlamat saya, akan lebih ramai ahli baru di bawah naungan yang saya gelar 'TUPPERWARE HAQ's'.

Yang berminat untuk menggangotai kumpulan kami sila sms/whatssapp keterangan berikut (0123566988)
1. Nama (seperti di dalam kad pengenalan)
2. No Kad Pengenalan
3. Alamat surat menyurat
4. No Telefon
5. Email

Sekian, coretan untuk hari ini. Bertemu lagi di coretan akan datang.

Salam hormat.